Blog Review Program – Di belakang Tabir

Bagi ahli MBP yang join sejak awal penubuhan MBP, mesti tahu tentang Blog Review Program yang dilancarkan pada 18hb April 2009. Ianya satu program bagi me-review blog ahli yang bersetuju untuk di review. Senang cakap… kena apply melalui komen yang dia mahu blognya di review.

Tujuannya bagi memperbaiki apa-apa kekurangan dan berkongsi kelebihan yang ada dengan mommies yang lain. Di samping tu boleh berkenalan dan berjumpa dengan kawan-kawan baru.

Oleh sebab sambutan yang terlebih hangat, maka saya terpaksa tutup dari application baru untuk Blog Review Program 1st Batch itu. Sebabnya, saya mahu komited menerjah, meneliti dan menulis review blog peserta.

Ianya bukan kerja yang mudah. Terutama jika ia dilakukan secara percuma. Tiada balasan. Tiada bayaran. Malah peserta yang mendapat banyak kebaikan.. blog improvement, publisiti percuma dan juga berpeluang memenangi hadiah blog makeover.

Sebab itu saya TIDAK guarantee setiap peserta akan di review seperti yang terkandung dalam Terms & Condition Blog Review Program itu.

br-1

Tetapi dengan kudrat dua kerat yang ada, saya dengan gigihnya cuba membuat review…mengikut first come first serve basis… walaupun jam menunjukkan pukul 2 atau 3 pagi di hujung minggu. Saya memang gigih!

Namun begitu, saya juga ada komitment peribadi yang sangat banyak … anak, keluarga, kerja ofis (tak habis-habis hingga di bawa ke rumah) dan juga kerja sampingan lain.

Selain Blog Review Program ini, saya juga ada pelbagai komitment lain dengan MomBloggersPlanet seperti Monthly Cutest Baby Contest dan lain-lain contest, membalas email, BlogDirectory, MarketPlace… serta kerja menulis advertorial pengiklan. Memang bukan kerja mudah jika tidak ada semangat dan kerajinan yang tinggi.

Saya juga ingin MBP melangkah ke satu tahap lagi. Sebab itu saya menyertai contest Weblog Popular 1Malaysia dan menulis beberapa entri… memohon jasa baik ahli untuk nominate MBP dengan membuat hanya satu entri (yang di copy paste) di blog anda.

Sebagai balasan kepada 5 ahli terawal menyahut seruan saya… maka saya menghadiahkan Blog Review yang berharga RM300+ dengan percuma. Eliss, Ann, Qastalani, Ezan dan Catlina adalah 5 orang terawal antara hanya 22 ahli yang sudi nominate MBP dalam contest itu. Ye, hanya 22 ahli dari 920+ ahli yang mahu melihat MBP melangkah jauh ke hadapan. Adakah anda termasuk antara 22 orang itu?

br-2

Maka, saya dengan gigihnya mendahulukan review mereka berlima. Sebab mereka adalah antara ahli yang menunjukkan sokongan yang kuat terhadap MBP. Itu adalah satu hadiah. Satu tanda terima kasih.

Mereka bukan sebahagian dari Blog Review Program yang percuma itu. Mereka penerima hadiah dan wajar didahulukan. Malah saya juga akan dahulukan advertiser atau blog owner yang mahu membayar saya menulis review untuk mereka. Bukan saya mata duitan tetapi jika bayaran di terima sudah tentu saya kena memberi priority dan servis terbaik kepada mereka kan?

Hal ini sama saja dalam mana-mana aspek kehidupan. Contohnya.. antara hospital gomen dengan hospital swasta… servis percuma di hospital gomen tetapi kena sabar menunggu barisan yang panjang… tapi kalau tak mahu tunggu.. guna aje hospital swasta.. cuma kena bayar lah untuk servis yang cepat.

Setakat ini, saya berjaya menyiapkan 22 blog review percuma dari 51 peserta. Penat? Sudah tentu! Tapi saya puas kerana dapat menolong tuan empunya blog bagi memperbaiki blog mereka. Cadangan yang diberi hanyalah cadangan.. terpulang kepada pemilik nak terima ke tidak.

Maafkan saya kalau ada peserta yang tertunggu-tunggu bilakah blognya akan di review. Saya tidak berjanji akan menghabiskan review pada sekian tarikh. Saya tidak guarantee semua blog akan di review.

Saya hanya dapat meminta peserta bersabar. Sebab saya akan cuba menulis review semua peserta. Cuma lambat atau cepat bergantung kepada masa dan kesihatan yang saya ada. Dan kedudukan anda dalam barisan.

Terpulang kepada anda untuk terus bersabar atau menarik diri. Tiada sesiapa yang untung atau rugi di sini. Sebab Blog Review Program adalah percuma. Sesuatu yang percuma tidak datang dengan hak milik.

Tiada siapa yang tahu apa berlaku di belakang tabir MBP. Serius, banyak cabaran! Sebab itu saya akan melantik Duta MBP (MBP Ambassador) untuk sama-sama mentadbir MBP dengan saya. Dan, saya rasa saya sudah mempunyai beberapa calon yang layak.

Cuma jangan nanti ada yang mempertikaikan keputusan saya memilih Duta-duta MBP tu. Nanti timbul kontroversi lain pulak kan.

MomBloggersPlanet ditubuhkan untuk menyatukan semua mak-mak bloggers se Malaysia. Salah-faham adalah perkara biasa. Tapi jangan biarkan salah-faham kekal sebagai salah-faham. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan hati dan perasaan sendiri tanpa memikirkan bahawa sebelah pihak lagi juga ada hati dan perasaan.

Jadi, mari sama-sama fikirkan. Terima kasih.

Saya start menulis entri ini dari pukul 8.30 malam dan hanya siap 10.56 malam. Bukan senang tau nak menyusun ayat dalam BM ni sebab saya lagi terer tulis dalam English…. waaah… eksyen la pulak…ha..ha..ha. Selamat malam!

Popularity: 3% [?]

There Are 39 Responses So Far. »

  1. ann memang admire ngan ros.. (nih bkn bodek ye..) Even ann yg terbaca komen camtu pun rasa dah laen mcm, ros still bley maintain cool.. siap wat n3 explain pasal program tu lg..
    actually kan rose, u xperlu nak explain.. you owe us nothing.. infact ann rasa ann jadik seronok berblog sejak join mbp & dpt kenal mombloggers yg lain & dpt byk good info.. in other word, kitorang(pada yg rasa camtu ler ye.. xde paksa²) yg terhutang budi..

    keep up yr good work!
    mamibizi´s last blog post ..Blogger My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    ann, sometimes we have to learn to be cool (tidak cepat melatah).. in real life, people can put high expectation on us tapi they didn’t know what really happens in the process or tak fully understand the process..

    normal la tu.. cheers!

    [REPLY]

  2. no worries dear…
    you hv done a very good job dgn review2 sebelum ni pun…

    keep up the good work ok…

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    maya, thanks dear!

    [REPLY]

  3. well getting a review ni pun dah cukup to help improve momblogger’s skills & hadiah later on tu kira bonus aje.

    keep up the good work & selamat continue blogging. nanti kalau free2 review my blog lak. bukan utk contest, but nak tau constructive comments for me to improve.
    mamamiya´s last blog post ..Boobfeed Toddler Pengsan? My ComLuv Profile

    [REPLY]

    mamibizi Reply:

    mamamiya masuk ler forum yg ros br buat tu.. wat official request.. br senang member mbp yg lain tolong bg constructive comments…

    [REPLY]

    mamamiya

    mamamiya Reply:

    woah..ada forum..mana? mana?

    dah terserlah la ke tidak celik-an IT ku…i ni slow skit bab2 community, blogging & online2 benda ni la…
    mamamiya´s last blog post ..Breastfeeding Father? My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    mamaiya, ada forum baru create.. belum announce so tak ramai tahu.. silalah ke sana ye

    http://www.mombloggersplanet.com/moms-forum-sharing-is-caring/

    [REPLY]

  4. saya sebenarnya segan bila ada ruangan untuk review blog tu dan kalo kak ros perasan memang saya tak tinggal komen pun untuk review blog saya tapi tak sangka plak lepas nominate tu bleh dapat free review laa plak..
    tapi jutaan terima kasih laa kak ros kerna lepas dr tu sy dpt ramai kawan dan buat sedikit perubahan pada blog :)

    all the best MBP dan kak ros!!
    eliss´s last blog post ..Selamat Hari Lahir Abah My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    eliss, tak yag segan2 ye.. berblogging ni bagus untuk jumpa kawan baru

    [REPLY]

  5. ada org email bising2 pasal review blog nie ke?

    (haha, itu yg haku kepoci!!)
    mama emma®´s last blog post ..- SAPA PUNYE BIRTHDAY 2DAY? - My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    mama emma, tak email.. tulis blog entry je..he..he

    [REPLY]

  6. betul3.. seronok tau bila blog kena review. leh improve kan blog & at teh same time dpt ramai kwn baru.. hehehe.. cam ezan yang baru dlm dunia blog ni lg la kena byk yang nk kena betulkan. nasib baik ada program blog review camni.. thank you so much..

    tp kan.. betul kata kak ros ni.. benda free mana leh paksa2.. nak kena ni.. suka hati la bila nk buat. hahahah.. karang xbuat langsung baru padan muka…
    ezan´s last blog post ..pentingkan diri sendiri? My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    ezan, takde la me sampai buat camtu.. cuma kena faham lah.. bila servis percuma kena lah sabar.. kalau ada bayar tapi me tak buat boleh la nak marah kan (sebab tu me buat dulu my priority)..

    tapi sometimes people don’t understand what’s my priority.. what’s not… well.. me tak boleh nak puaskan hati semua orang.. up to them lah.. i’m also a human being with feeling.

    [REPLY]

  7. salam kak ros.

    Wah..betapa buzy nyer kak ros nih..kasihan saya baca entry ni.

    moga MBP ni akan terus berjaya dan meriah di masa hadapan..
    ibuarifa´s last blog post ..@ Berita Sedih dari Sahabat Ibu My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    ibuarifa, saya cuma nak orang faham.. sometimes people expect too much tanpa mau memahami

    [REPLY]

  8. wah..ada duta pulak MBP pasnih.tahniah Ros..maju bertapak2 ke depan ;-)
    yatie chomeyl´s last blog post ..Cara2 meletak trademark ™ watermark atau copyright © pada gambar My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    yatie, tengah plan la ni.. asyik tangguh sebab bizi dengan keje..hu..hu

    [REPLY]

  9. wah…jgn la tulis dalam bahasa inggeris..
    sumi x berapa pahamla kalu bahasa inggeris..
    kalu bahasa mudah faham ok la..
    tp kalu fully…rasanya maybe sumi x leh enjoy apa2 article..
    waaa………………

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    sumi, MBP ni main language guna English sebab readers dia bukan saja dari Malaysia tapi dari other countries like US, Singapore, Philipine etc

    me rasa me akan teruskan MBP in English but translation will be posted on Little Mama Diary.. ok kot.

    [REPLY]

    mamibizi Reply:

    ros, ann try submit blog ke googgleadsense tapi kene rejek arr sbb language issue gak.. pasni ann kena blogging in english skit ar coz rugi gak tu.. semangat pas baca posting ros pasal wat duit dgn adsense tu.. huhuhu
    mamibizi´s last blog post ..Maxis Berukband My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    ann, la ye ke.. tak silap ada adsense indon tu.. tak cuba yang tu?

    [REPLY]

  10. Littlemama a.k.a Ros,

    Sebenarnya dah lama saya terfikir, littlemama ni nak buat entry kat 2 blog lagi, nak settlekan contest lagi, blog review, kerja, Izzah lagi,..perghhh!! Kalau saya, tak tau la mampu ke idak..

    Mummy,..You rocks!!

    P/S : Nak kumpul point utk blog review, hari tu tak dpt jadi 5 terawal tu,..terlps..huhu ;-)
    unlisted_one´s last blog post ..Mom Bloggers Planet My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    unlisted, yep.. me got a lot of things to do.. tapi tu la.. not many people want to understand

    [REPLY]

  11. teruskan usaha murni mu sis :)

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    huda, thanks!

    [REPLY]

  12. lepas ni kak ros buat reward berciri “sila claim hadiah anda di kaunter no 3″ hehehehe.
    Jiji´s last blog post ..Nak I buatkan tak? My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    jiji, apekah? ha..ha..ha

    [REPLY]

  13. salam..
    saya br je mendaftar kat MBP ni..so far begitu tertarik ngan pengisiannya. Klu masuk Bolog Review programme ni sure lmbt la nak kena review… :roll:
    ana´s last blog post ..Belon lagi… My ComLuv Profile

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    ana, blog review 1st batch memang dah ditutup..2nd batch tak pasti bila will open.. those yg dah register 1st batch kira bertuah.. tapi kena sabar.

    [REPLY]

  14. Salam Littla Mama Aka Kak Ros.. :)
    No worries la kak ros kalau lambat review… Lagipun dah kata bende free kan? Hehehhehe tgk kak ros pun mmg mpk busy. thumbs up tuk kak ros sbb boleh jadi sampai macam hari ini.. :) ( i bukan bodek ye.. :P )

    p/s: Kak ros, aritu ada anta komen tuk review blog.. tp dah tukar url blog baru.. Cemana? kira disqualified ke? :oops:

    [REPLY]

    Little Mama™

    Little Mama™ Reply:

    ummikhayra,let me know URL blog lama? tak disqualified selagi me belum buat review..

    cuma kena inform aje.. actually i tahu your blog lama apa but need you to verify it here aje… you punya review the next 2 tau.. so nak review blog baru ke?

    [REPLY]

    UmmiKhayra

    UmmiKhayra Reply:

    Oh.. kira tak disqualified la ye? hoyeah…

    Ni url lama saya.. http://little-khalifah-and-us.blogspot.com
    Sekarang dah http://adrinis.com/blog

    Nak review blog baru.. sebab blog lama dh delete and nak improvekan blog baru ni sebab guna wordpress ( failed lagi rasanya .. )

    Thank you ye kak ros..
    :grin: :grin:

    [REPLY]

  15. Hugs to u Ros aka littlemama…
    ish,ish, benda free pun ader jugak orang nak bising, kan? sah2 hamba Allah tu x kenal u mendalam & tak tahu betapa busynyer dirimu, …kesian u Ros..as always, me sentiasa sokong u & always salute u with all your hard work..(bodek berasas sebab nak ikut jejak langkah u..ngee..)

    ader forum yer? nanti me terjah…duta MBP? waahhh..saperlah yang bertuah tu…
    Hanz´s last blog post ..[STICKY MODE] Chatterbox 1st Anniversary Giveaway My ComLuv Profile

    [REPLY]

  16. salam kak ros…baru balik dari KL kul 8 malam tadi.rindu betul kat MBP nih…rasa ketinggalan pulak dah seminggu tak jenguk…

    faham2..sy pun ada lebih dari satu blog(1 blog peribadi,1 blog fotografi,1 blog kesihatan haiwan kesayangan,1 blog kedai..fuh..)kekadang tak ter update jugak..ape lagi akak yg handle blog MBP yang ahlinya nak cecah 1000 tuh!tahniah & moga MBP akan sentiasa maju!

    anyway good luck ye kak…sy dah kempen utk MBP, siap sticky mode lagi & bagi org copy paste entry contest ni, moga2 ada tambahan nomination (weblog popular) lagi buat MBP dan dapat menang ..amin…
    catlina´s last blog post ..My Mini-Me aka Promosi MBP Oktober(Sticky Mode) My ComLuv Profile

    [REPLY]

    sumijelly

    sumijelly Reply:

    yer smoga usaha murnia kak ross akan dibalas…
    mari kita smaa2 menjayakan MBP!
    yehaaaaaaaaaa… opss terlebih sudah..

    [REPLY]

  17. Baru hari ni dapat tau yang MBP ni wujud..huhu ketinggalan kapal terbang rupanya. Masih dok jelajah lagi isi kandungan MBP ni…to the owner keep the gud work.i likeeee

    [REPLY]

  18. Salam Kak Ros, baru nak explore MBP ni , anyway dah lama dah tempek banner kat side bar, tapi la ni baru nak study… best juga kalau blog kita dapat di review yer… tapi bila nak open second bacth for blog review?? tak sabar nak joint :lol:

    [REPLY]

  19. salam pada owner MBP..

    Emm saya dah lame register, tp baru lah tahun ni berkesempatan untuk explore MBP ni.. bila terus ke entry ni, baru tau mcm mane susah payahnye bekerja di belakang tabir MBP..

    apa pun, sokongan akan di berikan mulai hari semalam dan seterusnye.. hope MBP to be a winner for that contest! no 1 webblog!

    Tahniah!
    chugie´s last blog post ..Cutest Baby of the Planet 2009 My ComLuv Profile

    [REPLY]

Post a Response

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://mombloggersplanet.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif